Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana ekonomi rakyat belum pulih sepenuhnya.
Menurut beliau, meskipun GST dilihat sebagai sistem percukaian yang lebih teratur dan menyeluruh, pelaksanaannya tidak sesuai pada masa ini kerana ia akan memberi beban kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk golongan miskin dan penganggur.