00:00Peningkatan hutang tidak menimbulkan ancaman kepada kemakmuran negara kerana asas kukuh membolehkan kerajaan menampung beban itu, kata seorang ahli ekonomi.
00:11Pencarakanan Ekonomi Universiti Melayu, Goh Limtai, berkata hutang negara berjumlah RM1.22 triliun atau 63% daripada keluaran dalam negara kasar setakat April 2024,
00:26memerlukan pengurusan teliti tetapi tidak semestinya mengancam kemakmuran masa depan.
00:33Katanya dalam menilai kemampanan hutang, ahli ekonomi kurang menekankan jumlah hutang secara mutlak,
00:39sebaliknya menumpukan kepada keupayaan negara membayar hutang dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan pertumbuhan atau mencetuskan ketidakstabilan kewangan.
00:50Dalam konteks Malaysia, beliau berkata negara masih mempunyai keupayaan fiskal ketara, asas ekonomi pelbagai serta akses berterusan kepada pasaran modal domestik dan antarabangsa.
01:03Lebih penting lagi, institusi antarabangsa terus menunjukkan keyakinan terhadap asas ekonomi Malaysia.
01:10Goh menambah ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama, SNP Global, Moody's dan Fitch Ratings telah mengekalkan penarafan grid pelaburan Malaysia pada 2024.
01:244. Inisiatif reformasi fiskal kerajaan turut menerima penilaian positif daripada tabung kewangan antarabangsa
01:32yang mengalung-alungkan komitmen kerajaan terhadap penyatuan fiskal serta penggubalan bersejarah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.