Wakil rakyat pembangkang menggesa kerajaan menghentikan amalan penggunaan slogan pentadbiran semasa untuk projek pembangunannya, yang dikhuatiri akan merugikan wang rakyat jika kerajaan bertukar.
00:00Wakil Rakyat Pembangkang menggesa kerajaan menghentikan amalan penggunaan slogan pentadbiran semasa untuk projek pembangunannya yang dikuatiri akan merugikan wang rakyat jika kerajaan bertukar.
00:14Ahli Parlimen Tasik Gelugoh Wan Saiful Wan Jan berkata adalah lebih baik kerajaan menggunakan nama yang lestari dan tidak berubah untuk projek-projeknya kerana nama itu akan kekal walaupun pentadbiran bertukar.
00:26Tambahnya kerajaan perlu mencari nama lain untuk projek Kota Madani. Amalan menggunakan slogan pentadbiran sebagai nama inisiatif kerajaan perlu dihentikan.
00:38Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan pembangunan Kota Madani dengan keluasan 102 ekor di Putrajaya.
00:47Majlis Pecah Tanah Projek itu dijadual pada 26 Jun ini yang bakal menempatkan 10,000 unit kuartas kediaman untuk lebih 30,000 penduduk.