Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, Mohd Zulfadli Nayan, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Jumaat selepas didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah kapal yang sedang disiasat, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dalam penghakimannya menyatakan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731360/berita/semasa/bekas-pengarah-maritim-terima-rasuah-rm10000-dipenjara-20-bulan

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrasuah #JohorBahru
Transcript
00:00Bekas pengarah agensi penguatkuasaan Meriti Malaysia, Muhammad Zulfadli Nayan, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada Jumaat selepas didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah kapal yang sedang disiasat 5 tahun lalu.
00:20Hakim Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail dalam penghakimannya menyatakan, pihak penawaran berjaya membuktikan kes melampaui keraguan Munda Sabah.
00:29Terterudah didapu menerima suapan daripada pemilik syarikat perkapalan di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal Johor Bahru pada 2 Oktober 2020 sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan ke atas sebuah kapal yang ditahan pada 17 September 2020.
00:44Kesalahan itu didapu mengikut Seksyen 165 Kanun Kesesaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
00:54Sepanjang perbicaraan, 16 saksi pendawaan dipanggil manakala 4 saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Recommended