Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/30/2025
Seorang guru dan 'abang CCTV & wiring' yang tular mengenai skandal seks didenda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, pada Jumaat.

Kedua-dua mereka dengan suara sebak mengaku bersalah atas percubaan melakukan zina pada 28 Februari lalu di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731414/berita/semasa/cikgu-abang-wiring-didenda-rm5000-mengaku-salah-cuba-lakukan-zina

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #Melaka

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang guru serta abang CCTV dan wayaring yang tula mengenai skandal seks didenda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Jumaat.
00:13Kedua-dua mereka dengan suara sebab mengaku bersalah atas percubaan melakukan zina pada 28 Februari lalu di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
00:24Tertuduh, Muhammad Hairul Ezwan Hamzah, 31 tahun dan Nur Fadillah Zainal, 31 tahun membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Syariah, Muhammad Yunus Muhammad Zing.
00:36Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezwan dan Nur Fadillah didapati telah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alogajah, kira-kira jam 9 malam 28 Februari lalu.
00:49Kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang memperuntukkan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.
01:04Terima kasih telah menonton!
01:08Terima kasih telah menonton!