Malaysia komited untuk memastikan Kepengerusian ASEAN kali ini terus hasilkan keputusan bermakna berpaksikan prinsip dan memberi memberi kesan langsung rakyat ASEAN keseluruhannya, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah. #AWANInews #ASEAN25 #ASEAN2025
Category
🗞
NewsTranscript
00:00di mana hari ini akan menyaksikan tumpuan utama kepada pengukuhan kerjasama ASEAN bersama rakan strategik
00:06menerusi pengajuran sidang kemuncak ASEAN GCC ke-2 dan sidang kemuncak trilateral ASEAN GCC China buat julung kalinya.
00:15Kedua-dua sidang ini akan membincangkan langkah konkret untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan mapan
00:21selaras dengan aspirasi ASEAN itu untuk memainkan peranan lebih besar dalam landscape geoekonomi Indo-Pasifik.
00:30Baik, turut berlangsung hari ini ialah 16 Brunei Darussalam Indonesia, Malaysia and Philippines East Asian Growth Area BIMIA Gas Summit
00:39dan 16 Indonesia Malaysia and Thailand Growth Triangle Summit IMTGT yang akan memperkemas agenda pembangunan sub-rantau
00:47dan mengukuhkan keterhubungan rentas sempadan dalam kalangan negara terlibat.
00:53Sidang hari ini juga merupakan lanjutan kepada momentum positif yang telah dicapai semalam
00:58dan dijangka memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam mengetuai agenda kerjasama strategik ASEAN bersama rakan serantau dan global.
01:07Dengan tumpuan kepada sidang-sidang penting seperti ASEAN GCC, ASEAN GCC China serta kerjasama sub-rantau melalui BIMIAGA dan IMTGT,
01:16Malaysia komited untuk memastikan bahawa pengurusian ASEAN pada kali ini terus menghasilkan keputusan yang bermakna,
01:22berpaksikan prinsip dan memberi kesan langsung kepada rakyat ASEAN keseluruhannya.
01:28Melihat kepada kejayaan penganjuran sidang kali ini, kita harus berbangga mempunyai pasukan yang komited
01:34untuk mengharumkan nama negara dan membawa pulangan hasil yang terbaik buat rakyat keseluruhannya.
01:39Sekiranya