Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Manchester United menamatkan aksi Maybank Challenge Cup 2025 dengan langkah longlai apabila tewas 1-0 kepada gabungan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu malam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Manchester United menamatkan aksi Maybank Challenge Cup 2025 dengan langkah longlai apabila tewas 1-0 kepada gabungan ASEAN All Stars di Stadium National Bukit Jalil malam ini.
00:13Jaringan tunggal Maung-Maung Luin sudah cukup untuk memalapkan harapan Red Devils di hadapan lebih 75,000 penyokong.
00:21Dan kita terus saja dengan laporan wartawan Amirul Aiman yang mungkin kini sedang bersedih terus dari Stadium National Bukit Jalil.
00:28Silakan.
00:30Baik, terima kasih rakan setugas di studio. Saya kini berada di Stadium National Bukit Jalil di mana baru saja pelawanan telah pun tamat.
00:37Di mana kita dapat menyaksikan pasukan Manchester United tumpas di tangan pasukan ASEAN All Stars.
00:44Goal tunggal pelawanan dijaringkan oleh Meng Luin pada minit ke-70 selepas menerima hantaran cantik daripada Adrian Sergeyechik.
00:51Jadi pelawanan agak balance pasukan Manchester United dan juga pasukan ASEAN All Stars.
00:57Sebenarnya pasukan Manchester United mengedalikan pelawanan itu dengan begitu baik, kumpulkan posisi yang begitu baik.
01:03Tetapi pasukan ASEAN All Stars juga mempunyai taktik quick counter yang lebih baik berbanding Manchester United.
01:11Jadi kekecewaan demi kekecewaan bagi penyokong-penyokong Manchester United, khususnya bagi skuad jurulatih Ruben Amorim yang berpengelai dari Portugal itu.
01:20Kerana kita tahu pasukan mereka gagal menamatkan saingan Liga pada musim ini dengan sebarang trofi.
01:27Kali ini mereka sekali lagi tersunggung di Maybank Challenge Cup 2025 dan mengakhiri musim ini dengan tiada trofi.
01:36Jadi kalau kita lihat, masalah utama pasukan Manchester United adalah sekali lagi tiadanya penyudah yang berprofil tinggi.
01:43Jadi ini mungkin salah satu perkara yang mungkin perlu diperbaiki oleh skuad kendalian Ruben Amorim itu sendiri.
01:49Dan mungkin ini juga sebagai satu perlawanan yang boleh memberi ruang kepada beliau untuk melihat apakah kelemahan dan mungkin juga kelebihan yang bakal ditunjulkan oleh pemain muda yang diketengahkan tadi.
02:03Ada juga beberapa highlight yang boleh saya katakan bahawa antara pasukan Manchester United yang boleh dibanggakan antaranya serangan-serangan yang daripada Patrick Rogo, Alejandro Garnaccio dan sebagainya.
02:14Tapi ini semua daripada pemain-pemain yang bukan striker, jadi jelas masalah mereka adalah di bahagian peryudah.
02:20Di mana masalah ini memelenggu mereka sepanjang musim ini yang menyebabkan mereka berada di tempat ke-15, mengakhiri Liga Perdana Inggeris di tempat ke-15 iaitu corot sepanjang 50 tahun sejarah kelak.
02:33Jadi panjang lagi perjalanan pasukan Manchester United di bawah kendalian skuad Ruben Amorim.
02:38Tapi tamat sudah pertandingan Maybank Challenge Cup 2025 di mana tahniah kepada pasukan ASEAN All Stars di mana kita dapat menyaksikan 5 pemain tempatan berwakili dan menjulang trofi Maybank Challenge Cup 2025.
02:56Sekian daripada saya, Abdul Aiman dan jurukamera Abdul Wafi kembali kepada rakan setegas di studio.

Recommended