Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/23/2025
HAIER Perkenal Mesin Basuh Terbaru 'L+ Washing Machine' Dengan Teknologi AI

IMPIANA berkesempatan hadir ke majlis pelancaran mesin basuh terbaru jenama Haier tenghari tadi. Haier memperkenalkan 'L+ Washing Machine', sebuah mesin basuh dan pengering berkuasa AI yang meningkatkan tahap kebersihan dan penjagaan cucian di rumah sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

Istimewanya, ia menggabungkan teknologi AI Smart Wash yang inovatif dengan fungsi basuhan dan pengeringan yang diprogram dengan tepat untuk prestasi optimum.

Mesin ini dilengkapi dengan 20 program basuhan dan 17 program pengeringan, memenuhi pelbagai keperluan cucian pakaian serta mempunyai fungsi khusus untuk menanggalkan 26 jenis kotoran berbeza.

Bahkan ia bukan sahaja berfungsi sebagai mesin basuh, malah turut dilengkapi dengan teknologi pengeringan yang membolehkan pengguna menjimatkan ruang tanpa perlu memiliki mesin berasingan.

Sistem Dual Engine Three Inverter pula menawarkan kawalan suhu yang tepat dan pengeringan pantas untuk mencuci dan mengeringkan 12 helai baju hanya dalam masa 59 minit.

Haier L+ Washing Machine dijual pada harga RM16,599 dan boleh didapati di semua Brand Shops Haier, pengedar sah serta peruncit utama di seluruh negara.

Menariknya, bersempena dengan pelancaran ini, Haier Malaysia menawarkan promosi terhad untuk L+Washing Machine:

• Dari 22 hingga 25 Mei 2025, pelanggan yang membeli L+ Washing Machine semasatempoh jerayawara di Pavilion Bukit Jalil akan layak mendapat harga istimewa RM12,999 serta rebat kredit Touch n’ Go eWallet sehingga RM2,000.

• Dari 26 Mei hingga 31 Ogos 2025, Haier Malaysia menawarkan rebat kredit Touch n’ Go eWallet sehingga RM1,000 kepada pelanggan di kedai terpilih.

#impiana
#impianakongsi
#pelancaranmesinbasuhhaier
#HaierMalaysia
#HaierL+WashingMachine
Transcript
00:00I'll see you next time.
00:30I'll see you next time.
01:00I'll see you next time.

Recommended