PAS setuju permohonan maaf tanpa tindakan lebih tegas tidak boleh dinormalisasikan sebagai jalan penyelesaian bagi kesilapan logo Jalur Gemilang tidak lengkap.
00:00PAS 7 Permohonan Maaf Tanpa Tindakan Lebih Tegas Tidak Boleh Dinormalisasikan Sebagai Jalan Penyelesaian Bagi Kesilapan Logo Jalur Gemilang Tidak Lengkap
00:11Merujuk Kejadian Terbaharu Melibatkan Logo Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 2025 Anjuran PAS Negeri, Setiausaha Agong Takiuddin Hassan berkata pihak yang menyokong langkah pihak berkuasa menjalankan tanggungjawabnya di bawah undang-undang secara telus, adil dan tegas.
00:30Semalam PAS Terengganu dilaporkan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi logo himpunan TMT 2025 yang memaparkan bintang jalur gemilang tanpa jumlah bucu lengkap.
00:43Sekretariat Program memaklumkan pihaknya menarik semula penggunaan logo itu dan mengeluarkan versi baru.
00:49Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kemudian memaklumkan seorang individu disiasat kerana disyaki, memaparkan ilustrasi jalur gemilang dalam keadaan tidak lengkap menerusi satu hantaran di media sosial.
01:04SKMM dalam kenyataan berkata individu berkenaan hadir ke pejabat cawangan Terengganu untuk dirakam keterangan susulan aduan diterima daripada orang awam.