Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 minggu ini. Pelabur menunggu respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif AS daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan minggu dagangan yang singkat dan penutupan Bursa Malaysia pada Khamis sempena Hari Pekerja mungkin menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00di mana Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu ini bergerak dalam jajaran kecil antara 1513 dan 1515.
00:10Ia berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap penguangan tarif oleh AS baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.
00:19Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kihian Wealth Advisor Senia Berhad, Mohd Siddiq Jantan berkata menambah kepada sentimen berhati-hati minggu ini merupakan minggu dagangan yang singkat dengan Bursa Malaysia ditutup pada Khamis sempena sambutan Hari Pekerja.
00:37Ia berpotensi menjejaskan kecairan pasaran dan menghadkan momentum kenaikan.
00:42Menurut Siddiq, walaupun mencatat kenaikan baru-baru ini, FBM KLCI bergelut untuk melepasi paras halangan psikologi pada 1515, paras yang sebelum ini dilihat sebagai penting.
00:55Keraguan ini mewujudkan ketidaktentuan mengenai kemampanan aliran meningkat semasa menjelang minggu ini.
01:01Beliau berkata selepas tiga hari berturut-turut mencatat kenaikan baru-baru ini, aktiviti pengambilan untung dijangka meningkat,
01:08terutamanya dalam kalangan pelajar runcit yang ingin menyimpan keuntungan jangka pendek berikutan ketidaktentuan dasar yang berterusan.
01:17Bagaimanapun, Mohd Siddiq berkata sentimen pasaran kekal tidak stabil dan amat sensitif terhadap perkembangan geopolitik.
01:24Katanya pelabur perlu terus memantau tajuk utama dari luar negara berikutan sebarang perubahan dasar yang mendadak boleh menjejaskan pemulihan yang baru bermula.
01:33Mengenai sentimen pasaran yang positif berikutan pertemuan antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Pegawai Amerika di Washington
01:43serta ketegangan perdagangan Amerika Syarikat Cina yang mereda, beliau berkata perkembangan ini tepat pada masanya.
01:50Sementara itu, naik Presiden Pendidikan Ekuiti Rakuten Trade Senyamberhat Tong Pakling percaya pelabur bersedia untuk membeli selepas berada pada sekitar 1,518.
02:00Ini termasuk menambah pegangan mereka atau menggunakan kaedah leverage untuk memaksimumkan keuntungan berikutan indeks petunjuk pasaran menunjukkan tanda-tanda pulih
02:10selepas melepasi paras purata pergerakan eksponen EMA 20 hari.
02:16Oleh itu, pihaknya menjangka FBM-KLCI akan berada dalam Julat 1490 hingga 1520 minggu ini.
02:23Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 9.80 mata kepada 1,509.20 daripada 1,499.40 pada minggu sebelumnya.