Kebakaran hutan bermula kira-kira jam 2 petang Isnin telah menjejaskan kawasan seluas kira-kira 50 hektar dalam masa kurang dua jam.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Lebih 1,200 penduduk di Bandar Daegu, Korea Selatan diarah berpindah susulan kebakaran hutan yang menyebabkan penutupan lebuh raya di kawasan itu.
00:10Kebakaran bermula kira-kira jam 2 petang Isnin telah menjejaskan kawasan seluas kira-kira 50 hektare dalam masa kurang 2 jam disebabkan cuaca kering dan angin kuat.
00:21Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
00:24Perkhidmatan Perhutanan Korea berkata 26 helikopter dan 202 anggota bomba dikerahkan ke lokasi itu manakala sebahagian lebuh raya Gyeongbu masih kekal ditutup.
00:35Mac lalu kebakaran hutan di beberapa bahagian di Korea Selatan memusnahkan kawasan seluas 38,000 hektare dengan hampir 30 mangsa terbunuh dan bangunan bersejarah musnah.