00:08Sebanyak 35 rumah terjeja selepas sebahagian kolam takungan air di Taman Sri Alam, Sungai Buloh pecah semula sehingga menyebabkan banjir pagi tadi
00:21Pengarah Bomba Selangor Wan Mad Razali Wan Ismail berkata difahamkan kolam takungan air itu pecah kira-kira 5.30 pagi tadi susulan hujan lebat
00:32Beliau berkata panggilan kecemasan diterima 7.26 pagi tadi dengan 9 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestarijaya dikejarkan ke lokasi sejauh 25km
00:47Menurutnya setiba di lokasi didapati ban kolam takungan pecah dengan anggaran sepanjang 20 kaki
00:55dan mengakibatkan berlaku limpahan air di jalan dengan anggaran kedalaman 1 kaki
01:02Di Zember lalu media melaporkan sebahagian benteng takungan air itu pecah menyebabkan limpahan air menenggelamkan kawasan perumahan berkenaan