00:00Semua pihak diingatkan tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan peribadi hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundik.
00:11Penderian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Naim Mokhtar itu menyusul susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kemenangan politik bagi Islam patut diutamakan berbanding menunaikan haji atau umrah dalam kempen PRKI kuning Sabtu lalu.
00:28Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Naim berkata sebarang pandangan hukum harus merujuk pihak berautoriti seperti mufti kerana memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu tinggi.
00:41Kemarin berita harian melaporkan, Hadi berkata kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan kerana Islam mesti berkuasa dan memerintah sekaligus memimpin.
00:51Menurut Hadi, umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan itu, sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.
01:02PRKI kuning akan berlangsung pada 26 April manakala kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci tiga hari selepas itu.