00:00Kerajaan mengarahkan Menara Kuala Lumpur ditutup bermula hari ini.
00:06Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan berkata Menara Kuala Lumpur sendirian berhad beroperasi di menara itu tanpa kebenaran kerajaan.
00:16Ini susulan dua notis pengosongan dikemukakan Pesuruh Jaya Tanah Persekutuan kepada pihak MKLSB melalui Surat Bertarikh 3 dan 9 April 2025.
00:28Kementerian Komunikasi berkata penutupan itu bagi memberi ruang pengurusan baharu membuat kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.
00:37Kementerian juga menegaskan pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan dalam masa yang sesuai.
00:45LSH Service Master sepatutnya mengambil alih pengurusan Menara Berkenaan pada 1 April lalu.
00:51Namun berdepan kebuntuan selepas MKLSB dan syarikat induknya, Hydroshop sendirian berhad memfailkan saman berhubung peranugerahan konsesi itu dengan mendakwa berlaku pelanggaran kontrak dan salah laku.