Timbalan Presiden MIC M Saravanan yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan DUN Ayer Kuning, namun berpendapat sasaran meningkatkan majoriti mungkin sukar bukan disebabkan kekuatan lawan, tetapi kerana terdapat kemungkinan peratusan pengundi rendah.
00:30Walaupun BN tidak meletakkan sebarang sasaran majoriti untuk calonnya, Muhammad Yusri Bakir pada PRK Air Kuning, Menteri Besar Perak Saarani Muhammad, sasar komponen itu mampu meraih 18,000 undi.
00:55Saarani Ketua UMNO Perak yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan gabungan BNPH mempunyai undi asas dianggarkan 15,000, mengambil kira 9,088 undi dan 6,875 undi diraih dua komponen itu pada PRU15.
01:14Mengulas penerimaan kerjasama BNPH, Saravana berkata persafahaman di peringkat bawah masih belum mencapai tahap memuaskan walaupun mereka tidak lagi menganggap musuh antara satu sama lain.
01:27Kalau saya nak jujur di peringkat atas sebagai saya alipat lima dengan pemimpin-pemimpin tertinggi daripada BN dan PH, tak ada masalah.
01:37Tapi di peringkat bawah masih belum ada persafahaman.