Penganjur parti patuhi syarat tren sewa khas - KTMB

  • 17 hari lalu
Penganjur parti patuhi syarat tren sewa khas - KTMB

BERITA SEMASA 21 MEI 2024

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.

Ini susulan kontroversi penganjuran pesta hiburan sempena ulang tahun ‘Pinkfish Festival’ di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, Khamis lalu.

Dalam kenyataan pada Isnin, KTMB memaklumkan pihak penyewa berkenaan telah mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.

Jelasnya, KTMB telah menetapkan syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah selain tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan ia telah dipersetujui serta dipatuhi pelanggan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665874/berita/penganjur-parti-patuhi-syarat-tren-sewa-khas---ktmb

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pinkfishfestival #KTMB