Ahmad Zahid dapat kebenaran khas lawat Najib di Penjara Kajang - Saifuddin Nasution
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 14 JUN 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lawatan itu dibenarkan mengikut Peraturan 86 Bahagian 10 Peraturan Penjara 2000.

Ujarnya, pertemuan antara Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Najib itu juga dalam maklumannya.