PRK KKB: Pemimpin Bersatu berkempen ikut cara sendiri

  • 17 hari lalu
PRK KKB: Pemimpin Bersatu berkempen ikut cara sendiri

BERITA SEMASA 3 MEI 2024

Tiada pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memboikot calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut sepanjang kempen berlangsung.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, perkara itu sengaja dimainkan bagi memberi gambaran hubungan tidak baik antara pimpinan parti.

Wujud dakwaan sebilangan pemimpin parti itu memboikot Khairul Azhari susulan ketiadaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam mana-mana kempen calon PN di Kuala Kubu Baharu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menjelaskan, Hamzah sentiasa menjalankan tanggungjawabnya terhadap parti dengan berkempen mengikut cara tersendiri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662646/berita/politik/prk-kkb-pemimpin-bersatu-berkempen-ikut-cara-sendiri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #AhmadFaizalAzumu #pilihanrayakecil #PRN #CalonPN #Bersatu