Orsk dan Orenburg banjir, ribuan penduduk berpindah
  • 14 hari lalu
Dua bandar yang terletak berhampiran kawasan pergunungan Ural di Rusia, Orsk dan Orenburg merekodkan peningkatan paras air pada Ahad sehingga menyebabkan banjir.

Situasi itu mengakibatkan ribuan penduduk diarahkan berpindah selepas air sungai Ural, iaitu sungai ketiga terpanjang di Eropah melimpah sehingga menjejaskan sekitar 6,000 rumah penduduk yang terletak di kawasan terbabit.