Ribuan penduduk di Victoria diarah berpindah

  • 3 bulan lalu
Ribuan penduduk yang mendiami negeri Victoria di Australia diarahkan berpindah sebagai langkah persediaan berhadapan dengan situasi luar jangka akibat kebakaran yang berlaku di salah sebuah hutannya. Kebakaran itu dilaporkan berpunca akibat cuaca panas melampau dan dikhuatiri meluas selepas pihak berkuasa menilai situasi yang dianggap terburuk dalam tempoh empat tahun di negeri itu.