Berbuka puasa atas bot lihat keindahan Drawbridge
  • 29 hari lalu
Berbuka puasa atas bot lihat keindahan Drawbridge

BERITA SEMASA 23 MAC 2024

Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian Nurfardlina Izzati Moktar.

Jika sebelum ini orang ramai memilih untuk berbuka puasa di Dataran Shahbandar atau Pantai Batu Buruk, kini berbuka puasa di atas bot menjadi pilihan mereka bagi mencipta kelainan sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Pemilik Syarikat Pulau Sekati Bot Tour, Ahmad Muazzam Ramlee, 31, berkata, perkhidmatan itu memberi suatu pengalaman menarik kepada pengunjung selain mereka dapat mengabadikan gambar kenangan bersama individu terdekat di beberapa lokasi pelancongan popular ketika menyusuri Sungai Terengganu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656099/edisi/terengganu/berbuka-puasa-atas-bot-lihat-keindahan-drawbridge

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #ramadan #Terengganu #Drawbridge #jambatanangkat