Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law

  • 2 bulan lalu
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law

BERITA SEMASA 19 MAC 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia meliputi pengguna menerima kenderaan bermotor yang rosak atau gagal mematuhi standard kualiti dan prestasi seperti dijanjikan pembekal serta tidak dapat dibaiki.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng semasa sesi Pertanyaan Menteri-Menteri, sama ada ‘Lemon Law’ akan diperkenalkan untuk melindungi hak pengguna dalam pembelian kenderaan baharu dan terpakai sekiranya berlaku kerosakan.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/655343/berita/nasional/kerajaan-laksana-kajian-kebolehlaksanaan-lemon-law

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #LemonLaw #HakPengguna