Saifuddin sangkal dakwaan depot tahanan sesak

  • 2 bulan lalu
Saifuddin sangkal dakwaan depot tahanan sesak

BERITA SEMASA 12 MAC 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal sekeras-kerasnya laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan Imigresen menerima layanan buruk sehingga mengakibatkan kematian.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bukan sahaja kematian, bahkan kesesakan juga tidak berlaku di 20 Depot Imigresen di seluruh negara seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang minta menyatakan laporan HRW yang mengkritik kerajaan menindas kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan yang penuh sesak melebihi kapasiti dan wujud kematian dalam kalangan golongan rentan dan kanak-kanak.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #hakasasimanusia