Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh

  • 3 bulan lalu
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh

BERITA SEMASA 4 FEBRUARI 2024

Dua tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu sempat menunaikan solat Subuh bersama penduduk Kampung Batu Melintang di sini sebelum ditahan semula polis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Pesara guru, Razali Talib, 69, berkata, pada awalnya dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) memperkenalkan diri sebagai warga Bangladesh yang bekerja di daerah ini.

Sementara, Siak Masjid Al-Rahmaniah, Ahmad Ishak Mat Isa, 54, berkata, kehadiran kedua-dua PATI itu disedari ketika mereka berkaki ayam menuju ke masjid sekitar jam 6 pagi.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/647766/berita/semasa/dua-lelaki-rohingya-lolos-depot-tahanan-dicekup-selepas-solat-subuh

#SinarHarian #SinarTerkini #Pendatangasing #Sindiket #TahananLolos #EtnikRohingya #PRDM #Perak