Tyzo sah sertai IKIMfm

  • 2 bulan lalu
Tyzo sah sertai IKIMfm

BERITA SEMASA 4 MAC 2024

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan Tyzo sebagai penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang ke udara jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Penyampai radio sensasi itu akan bergandingan dengan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim sepanjang minggu.

Ketika berkongsi perkara tersebut, Tyzo berkata beliau berbesar hati diberi peluang untuk berada di pentas IKIMfm.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #TyzosertaiIkimfm