RXZ Fighters didik penunggang jadi pengguna berhemah
  • 2 bulan lalu
BERITA SEMASA 3 MAC 2024

Penganjuran RXZ Fighter adalah bagi mendidik peminat dan penunggang motosikal menjadi pengguna jalan raya yang berhemah, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, itu antara hasrat kerajaan Pahang yang menganjurkan acara terbabit selama dua hari.

Mengulas lanjut program itu, Fadzli berkata, lebih 50,000 peserta dan pengunjung datang memeriahkan acara yang julung kali diadakan di Kuantan, Pahang.

Jelasnya, mereka yang hadir bukan sahaja dari seluruh pelosok negeri, tetapi ada juga dari negeri lain termasuk Singapura.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652418/edisi/pahang/rxz-fighters-didik-penunggang-jadi-pengguna-berhemah

#SinarHarian #BeritaSemasa #RXZ #Pahang #RXZFighter