Anggota Dewan Rakyat lafaz ikrar Rukun Negara pertama kali sebelum persidangan

  • 3 bulan lalu
Anggota Dewan Rakyat lafaz ikrar Rukun Negara pertama kali sebelum persidangan

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2024

Buat pertama kali barisan anggota Dewan Rakyat melafazkan ikrar Rukun Negara sebelum memulakan persidangan pagi ini.

Bacaan ikrar Rukun Negara itu diketuai Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.

Semalam, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, memaklumkan lafaz ikrar Rukun Negara bertujuan memupuk semangat perpaduan, sekali gus menjauhi kebencian serta perkauman dalam kalangan rakyat.

Jelasnya, lafaz Rukun Negara sepenuhnya bermula mukadimah itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri pada 25 Julai tahun lalu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat

Disyorkan