Santai di Pija Hijau Cafe

  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Tiga tarikan utama iaitu kafe, nurseri dan menaiki All-Train Vehicle (ATV) di bawah satu bumbung menjadikan Pija Hijau Cafe menjadi destinasi unik dan menarik buat warga Temerloh khususnya.

Dengan jarak kira-kira 10 minit dari bandar Mentakab, pengunjung boleh bersantai dengan konsep kafe terbuka sambil menikmati makanan seperti nasi lemak dan minuman ringan selain mencuba ATV bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kafe terletak di Taman Gopeng dekat Mentakab, Temerloh yang mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu hasil idea sepasang suami isteri, Shaiful Bahari Mohamed, 45 dan Nor Hafizah Sahidan, 36.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647670/edisi/pahang/santai-di-pija-hijau-cafe

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #cafe #ATV #pahang #temerloh