Kelantan adakan solat hajat atas Jambatan Tendong

  • 4 bulan lalu
BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Lebih 500 jemaah menyertai solat hajat di Jambatan Tendong, Pasir Mas bagi memohon perlindungan dan sebagai usaha mengelakkan lebih banyak kes terjun jambatan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021 dan 16 kes daripadanya ditemukan lemas.

Solat hajat itu diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648012/edisi/kelantan/kelantan-adakan-solat-hajat-atas-jambatan-tendong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kelantan #solathajat #JambatanTendong