Pemilik syarikat tidak mengaku tipu umrah

  • 4 bulan lalu
Pemilik syarikat tidak mengaku tipu umrah

BERITA SEMASA 2 FEBRUARI 2024

Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung pakej umrah, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Berdasarkan pertuduhan, Muzzamil Soliheen Musa telah menipu seorang lelaki berusia 53 tahun dengan memperdayakannya dan dengan curangnya mendorongnya menyerahkan wang tunai RM115, 030 miliknya yang mana dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdaya tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 23 hingga 30 Januari tahun lalu di sebuah syarikat di Nilai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647554/berita/semasa/pemilik-syarikat-mengaku-tidak-bersalah-tipu-umrah

#SinarHarian #BeritaSemasa #tipupakejumrah

Disyorkan