Pilpres 2024 unik, ada kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini
  • 3 bulan lalu
Pilpres 2024 unik, ada kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini

BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2024

Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) 2024 disifatkan sebagai unik dan mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan Pilpres sebelum ini.

Pensyarah politik dari Universitas Profesor Dr Moestopo (Beragama) Jakarta, Dr Ryantori berkata, Pilpres kali ini berbeza kerana Presiden Jokowi tidak memberi sokongan sepenuhnya terhadap calon daripada partinya sendiri.

Tiga calon untuk pemilihan presiden kali ini terdiri bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto; bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pemilu2024 #Capres2024 #Pilpres2024
Disyorkan