Kuih bakul Rosidah satukan selera pelbagai kaum
  • 3 bulan lalu
Kuih bakul Rosidah satukan selera pelbagai kaum

BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2024

Kuih bakul atau ‘Nian Gao’ yang membawa simbol kemakmuran merupakan antara hidangan wajib dan sinonim ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, namun rasanya yang agak manis menyebabkan tidak semua gemarkan kuih tradisional itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Bagaimanapun, kuih bakul diolah menggunakan sukatan dan resipi tersendiri oleh seorang wanita yang berpengalaman dalam menghasilkan kuih tradisional, Rosidah Muda, 50 di Kampung Pelam, Kuala Telemong di sini mengubah tanggapan terhadap kuih berkenaan.

Tidak hairanlah jika ramai yang 'jatuh cinta' ketika pertama kali mencuba kuih bakul itu kerana rasanya yang tidak begitu manis serta boleh diolah semula dalam pelbagai menu masakan lain seperti digoreng bersama ubi keledek memberikan pelbagai variasi, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan keaslian rasa kuih tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647159/Kuih-bakul-Rosidah-satukan-selera-pelbagai-kaum

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kiuhbakul #tahunbarucina