Kisah hitam satukan penghuni Rumah Qaseh Budiman

  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 23 DISEMBER 2023

Bermacam liku dan kisah hitam diharungi penghuni Rumah Qaseh Budiman sebelum menerima 'peluang kedua' meniti hari tua sekali gus membolehkan mereka menumpang teduh bawah satu bumbung, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Ada antara penghuni berstatus yatim piatu, sebatang kara, gelandangan, orang kurang upaya, lumpuh akibat kemalangan selain diusir keluarga atas pelbagai alasan, antara sebab kewujudan premis berkenaan.

Beberapa tahun lalu, penghuni ditempatkan di rumah teres di Merbok sebelum berpindah ke Rumah Qaseh Budiman yang baru siap dibina di sebuah perkampungan di Guar Nenas, Kedah, Oktober lalu.

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian