30,000 rakyat dijangka sambut keberangkatan Sultan Johor ke Istana Negara

  • 4 bulan lalu
30,000 rakyat dijangka sambut keberangkatan Sultan Johor ke Istana Negara

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2024

Dianggarkan 30,000 rakyat Johor akan berada di sepanjang laluan Istana Bukit Serene sehingga Johor Royal Hangar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sempena Istiadat Keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laluan sepanjang 35.5 kilometer (km) itu akan ditutup selama sejam bermula jam 7.45 pagi, bagi memastikan kelancaran konvoi Sultan Johor.

Pergerakan konvoi Sultan Ibrahim bermula 8 pagi dan dijangka mengambil masa sejam untuk tiba di Johor Royal Hangar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/646703/edisi/johor/30000-rakyat-dijangka-sambut-keberangkatan-sultan-johor-ke-istana-negara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SultanJohor #IstanaNegara