NAMA Bella Zahir mungkin kurang dikenali berbanding dengan hos yang popular dan sedia ada
  • 3 bulan lalu
NAMA Bella Zahir mungkin kurang dikenali berbanding dengan hos yang popular dan sedia ada.

Namun, kelibat anak kelahiran Pulau Mutiara itu sering dilihat bersama selebriti popular Neelofa.

Malah, beliau turut menjadi pilihan jenama terkenal lain seperti MimpiKita, Tudung People, Buttonscarves dan banyak lagi sebagai model yang memperagakan jenama berkenaan.

SinarPlus baru-baru ini mengabadikan personaliti media sosial itu sebagai penghias muka depan.

Santai berborak, sempat penulis bertanyakan apakah yang beliau selalu buat untuk redakan perasaan?

Selain itu, apa pula perkara yang boleh buatkan beliau down dan sedih?

Ketahui juga reaksi pengasas hijab jenama Ruhi itu mengenai isu poligami sebagai marketing, bekas kekasih datang 'mengganggu', apa yang perlu dilakukan?

Banyak lagi perkongsian lain yang cukup menarik yang boleh anda ketahui tentang sisi peribadi wanita bernama Bella Zahir ini.

Semua terjawab menerusi video yang dikongsikan ini.

#coverSinarPlus #bellazahir #pengacara #hos #usahawan #sinarplus #lifestyleSinarharian

Personaliti: NUR NABILAH MOHD ZAHIR (@bellazahirzain)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF ( @honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR (@asrilaswandi)
Solekan: SCHA OLD
Busana: MIMPIKITA & BUTTONSCARVES ( @mimpi_kita) & ( @buttonscarves)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR