Mat Sabu kekal terajui Amanah, Dr Mujahid Timbalan
  • 4 bulan lalu
Mat Sabu kekal terajui Amanah, Dr Mujahid Timbalan

BERITA MOJO 24 DISEMBER 2023

[MOJO LIVE] Keputusan lima jawatan tertinggi sempena pemilihan kepimpinan parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026, lapor wartawan Sinar Harian Muhammad Shamsul Abd Ghani dan jurukamera Yusrizal Yusof Ahmad.

Datuk Seri Mohamad Sabu berjaya mempertahankan jawatan sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan kepimpinan parti itu pada Ahad.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu bergandingan dengan, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Tiga jawatan Naib Presiden pula masing-masing diisi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, dan Adly Zahari.

Pada pemilihan sesi 2019-2022 lalu, Mohamad diangkat sebagai Presiden parti, meskipun hanya berada pada kedudukan ketujuh tertinggi mendapat undian perwakilan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/641170/berita/politik/mat-sabu-kekal-terajui-amanah-mujahid-timbalan-presiden

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #KonvensyenNasionalAmanah2023