Amanah beri isyarat tak keluar mengundi jika Norwani kekal jadi calon
  • 9 bulan lalu
Amanah beri isyarat tak keluar mengundi jika Norwani kekal jadi calon

BERITA MOJO 26 JULAI 2023

Selepas kecoh dengan insiden penyokong PKR menolak calon Ampangan, kini kira-kira 15 Ketua Cawangan Amanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi pula menyatakan bantahan terhadap calon DUN terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Malah mereka turut memberi isyarat tidak akan keluar mengundi sekiranya Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat dikekalkan sebagai calon di situ.

Ketua Cawangan Amanah Bandar Seremban Selatan, M Kalai Selvan berkata, mereka terpaksa berkeras kerana kepimpinan parti dilihat tidak mengendahkan suara akar umbi parti yang mahu Mohamad Taufek Abd Ghani dikekalkan sebagai calon.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/270086/15-Ketua-Cawangan-Amanah-tolak-calon-DUN-Paroi

#BeritaMojo #SinarHarian
Disyorkan