Keluarga tenang selepas DSP Mohd Nazri dihadap ke muka pengadilan
  • 4 bulan lalu
Keluarga tenang selepas DSP Mohd Nazri dihadap ke muka pengadilan

BERITA MOJO 18 DISEMBER 2023

Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie berasa lega dan tenang selepas pegawai kanan polis yang terlibat telah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie berkata, kedua ibu bapanya sudah menerima kenyataan dengan pemergian anak bongsu mereka setelah pelakunya telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/640264/berita/semasa/keluarga-tenang-selepas-dsp-mohd-nazri-dihadap-ke-muka-pengadilan

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #langgarpelajarhinggamaut