'Wira Perang' Covid-19 bakal bersara selepas 35 tahun berkhidmat
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Khidmat bakti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam bidang kesihatan negara selama 35 tahun akan berakhir apabila beliau bakal bersara wajib pada 21 April ini.

Semakan di Facebook mendapati beberapa individu dan pihak termasuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memuat hantaran mengenai persaraan beliau sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan rekod, bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.