Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan
  • 4 bulan lalu
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang kini kembali menjadi Menteri Kesihatan, jawatan yang dipegangnya sewaktu zaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018, bertekad untuk meneruskan agenda reformasi kesihatan yang pernah beliau mulakan.
Bercakap kepada pemberita selepas selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini, antara program tersebut termasuk transformasi digital kesihatan dan kewangan kesihatan.

#RombakanKabinet2023
Disyorkan