Penghuni rimas, ribuan burung layang-layang 'serang' pangsapuri

  • 5 bulan lalu
Penghuni rimas, ribuan burung layang-layang 'serang' pangsapuri

BERITA MOJO 6 DISEMBER 2023

Kira-kira 1,000 penduduk di  apartmen Danau Perintis, Puncak Alam, Kuala Selangor, rimas apabila kawasan perumahan mereka dicemari dengan kehadiran ribuan burung layang-layang, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Seorang penduduk, Ahmad Syahmi Abd Nasir berkata, sejak tinggal di situ pada 2019 setiap hari dia terpaksa mencuci kotoran najis burung di koridor rumah.

Jelasnya, selain kotor dan berbau busuk, dia bimbang terhadap aspek kesihatan kerana tidak mengetahui sama ada burung itu membawa penyakit ataupun sebaliknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638307/edisi/selangor-kl/penghuni-rimas-ribuan-burung-layang-layang-serang-pangsapuri

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #BurungLayang-layang