Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion

  • 5 bulan lalu
Kerajaan negeri Pahang sekali lagi berjaya mencapai sasaran satu bilion ringgit kutipan hasil negeri bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.