Pengguguran peruntukan GEG dibuat secara kolektif - Dr Zaliha

  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2023

Pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibuat secara kolektif atau kebertanggungjawaban bersama oleh pihak kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ini kerana konsep GEG yang ingin dilaksanakan itu menyebabkan layan yang berbeza terhadap dua kumpulan tidak kira tahun yang ditetapkan.

Terdahulu, seramai 27 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dua hari itu dengan majoritinya mendesak supaya peruntukan berkaitan GEG yang digugurkan, dimasukkan semula ke dalam RUU berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637329/berita/nasional/pengguguran-peruntukan-geg-dibuat-secara-kolektif---dr-zaliha

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen