Larangan nyanyi lagu tradisi bahasa Tamil tak akan berulang – Fadhlina

  • 6 bulan lalu
Larangan nyanyi lagu tradisi bahasa Tamil tak akan berulang – Fadhlina

BERITA SEMASA 27 NOVEMBER 2023

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan insiden larangan nyanyi lagu tradisi bahasa Tamil ketika penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 di sebuah hotel di Kepala Batas, Pulau Pinang tidak akan berulang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan KPM secara terbuka memohon maaf kepada masyarakat India yang tersinggung dengan perkara berkenaan.

Jumaat lalu, terdapat dakwaan larangan menyanyikan lagu Kadavul Valthu dan Tamil Valthu dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran KPM.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #Parlimen