Pembinaan tadika di Ulu Baram, penduduk Penan dapat pendidikan awal

  • 7 bulan lalu
Itu hakikat buat penduduk di beberapa Kampung Penan di ulu Baram.

Terpaksa membayar lima ringgit setiap hari untuk tambang sehala ke Long Bedian, hanya kerana mahu menghantar anak-anak kecil menuntut ilmu.

Keadaan menjadi lebih sukar buat keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

Menurut Ketua Kaum Long Jelatong, yang memiliki rumah 33 pintu dan 144 penduduk, atas sebab itu kebanyakan penduduk tidak menghantar anak mereka ke pra sekolah dan tadika.