Komuniti Anak Penan: Tingkatkan kesedaran kepentingan pendidikan awal

  • 10 bulan lalu
Usaha kerajaan Sarawak mendidik kanak-kanak penan diperkukuhkan dengan tertubuhnya lima buah tadika di kawasan Apoh-Tutoh, Baram.

Inisiatif itu selari dengan dasar kerajaan negeri dalam memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak secara sama rata, baik di bandar mahupun luar bandar.

Ketika ditemui AWANI Borneo, masyarakat Penan di daerah Baram menyambut baik usaha tersebut dalam memastikan tidak berlakunya keciciran pendidikan terutama bagi kanak-kanak di kawasan pedalaman.