Penyewa menanti mati!

  • 8 bulan lalu
Umpama bom jangka, pengubahsuaian melampau premis menjadi kediaman komersial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, mengundang risiko besar sekiranya berlaku kebakaran.

Pembongkaran berani Sinar Harian membuka mata menteri dan pihak berwajib akan kewujudan bilik sewa bersaiz liang lahad yang bukan hanya mengabaikan aspek keselesaan, bahkan keselamatan penyewa!

Saksikan butirannya dalam episod ‘Penyewa Menanti Mati’ yang mendokumentasikan dari awal misi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur premis bilik sewa sangkar burung di ibu negara.

Muzik dari https://artlist.io
Frank Schlimbach - Torture Minds of Evil
Sam Lux - Unbreakable Code
Sam Lux - Riven
Or Chausha - Identify

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.