[EKSKLUSIF SINAR PREMIUM] Bilik sewa sangkar burung

  • 7 bulan lalu
[EKSKLUSIF SINAR PREMIUM] Bilik sewa sangkar burung

Faktor desakan hidup, gaji kecil dan kekangan kewangan merupakan salah satu punca mengapa bilik sewa sempit bersaiz sangkar burung semakin meningkat di Malaysia.

Siapa sangka di tengah-tengah bandaraya metropolitan, wujudnya sebuah premis kedai yang mengubah suai dan membina 38 bilik sewa kapsul dengan harga RM300 sebulan.

Namun, penghuni hanya boleh melunjurkan kaki dan terpaksa membongkokan diri untuk masuk di dalam bilik berkeluasan 35 kaki persegi itu.

Dalam satu siasatan di Shah Alam, beberapa unit apartmen pula diubahsuai dengan papan ‘playwood’ untuk menempatkan tujuh bilik sewa sekangkang kera dengan kadar RM400 sebulan tanpa pengudaraan dan ciri-ciri keselamatan yang baik.

Sampai bila ejen dan pemilik kediaman mahu mengeksploitasi penghuni dengan harga kayangan untuk sebuah bilik sewa sempit berkeluasan liang lahad? Adakah ia mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan serta Bomba dan dijamin selamat untuk pengguna?

Saksikan dokumentari eksklusif Sinar Harian yang berpeluang bermalam di bilik sewa sangkar burung selama 24 jam bagi menjiwai keluhan perantau yang berusah payah mencari tempat berteduh demi sesuap nasi.

Muzik: Muzik: Slithering Woe by Out of Flux - https://artlist.io/royalty-free-music/song/slithering-woe/120141

BACA ARTIKEL DI: https://www.sinarharian.com.my/article/283463/berita/nasional/bilik-sewa-sangkar-burung

#sinarpremium #sinarharian #biliksewa #KPKT #JBPM #DBKL