Kastam patahkan sindiket rokok seludup RM8.8 juta

  • 7 bulan lalu
Kastam patahkan sindiket rokok seludup RM8.8 juta

BERITA MOJO 17 OKTOBER 2023

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan penyeludupan rokok tidak bercukai bernilai hampir RM8.8 juta dalam empat serbuan berasingan bermula Jun hingga 30 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sazali Mohamad berkata, dalam tempoh itu, 11,754,000 batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM8,792,193 telah dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara Vietnam menerusi perairan Pantai Timur.

Menurutnya, serbuan pertama pada 27 Jun lalu di Setia Alam, Selangor mendapati kumpulan penyeludupan ini menggunakan kenderaan mewah pelbagai guna (MPV) bagi membawa 160,000 batang rokok bernilai RM119,880 termasuk cukai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629799/berita/semasa/kastam-patahkan-sindiket-rokok-seludup-rm88-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa