Kedudukan pelaburan kerajaan RM35.15 bilion pada 2022

  • 7 bulan lalu
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada akhir 2022 berkurangan RM8.24 bilion atau 19 peratus daripada RM43.39 billion pada 2021.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), sebanyak 68.7 peratus daripada pelaburan kerajaan adalah daripada dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan kumpulan wang amanah lain dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24.15 bilion.

Manakala sejumlah RM11 bilion atau 31.3 peratus pula merupakan pelaburan daripada lebihan akaun hasil disatukan.